Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Kewibawaan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dipersoalkan apabila hanya meraih undi majoriti tipis ketika meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2020.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perbezaan lima undi daripada ahli Parlimen itu boleh dipersoalkan kepada pimpinan Perdana Menteri kelapan itu.

“Adakah kerajaan ini boleh bertahan hanya dengan 111 sokongan ahli Parlimen atau akan ada lagi episod sogokan dengan segala ugutan dan tawaran pangkat atau jawatan.

“Pakatan Harapan (PH) tidak akan berundur dalam perjuangan sebaliknya akan terus mempertahankan mandat rakyat dengan semangat, kekuatan dan setiakawan baru,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Usul RUU Perbekalan (Peuntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2020 bagi perkhidmatan tahun 2020 sebanyak RM7,184,083,200 diluluskan Dewan Rakyat menerusi undi belah bahagi, siang tadi.

RUU yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada 21 Julai lalu diluluskan selepas mendapat 111 undi menyokong dan 106 menolak daripada ahli parlimen menerusi undian belah bahagi.

Manakala lima ahli wakil rakyat tidak hadir untuk sesi undian.

“PH turut berpuas hati dengan alasan yang diberikan tiga orang ahli Parlimen yang tidak hadir semasa proses undian hari ini kerana sibuk dengan urusan Pilihanraya Negeri Sabah yang akan berlangsung kelak,” kata Anwar.

Ketidakhadiran kelima-lima Ahli Parlimen itu diumumkan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Lima anggota parlimen yang tidak hadir adalah Ahli Parlimen Kota Marudu, Datuk Seri Maximus Ongkili; Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah; Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau; Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Ahli Parlimen Tawau, Christina Liew. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

RUU peruntukan perbelanjaan lulus dengan lebih 5 undi

2 Komen

  1. Kah kah kah..woi Nuar..Medey pernah cakap..
    1 undi pun menang ok..cuba ko tanya Medey masa dia kalahkan Tengku Razaleigh dlm pemilihan Presiden UMNO berapa undi dia?? Dan ko nak persoalkan kerajaan? Habis kp blh ke jd kerajaan yg kuat dgn undi seratus lebih tu? Anytime akan tumbang jugak yer..soal beli YB tu ko jgn lupa gerakan September ko utk beli YB BN…pooodahhh lah PM ikat tepi…

  2. Bila dpt kat melayu je dia dengki… tau tak sape yg jenis macam ni… tula perangai yahudi yg kat sebelah tu…

Comments are closed.