David Silva sertai Real Sociedad

LONDON – Bekas perancang tengah Manchester City, David Silva menyertai kelab La Liga Real Sociedad.

Bintang antarabangsa Sepanyol itu berhijrah ke Real Sociedad selepas mengikat kontrak selama dua tahun.

Pada Jumaat lalu, Silva beraksi kali terakhir bersama skuad Pep Guardiola yang tewas kepada Lyon pada aksi suku akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Silva telah bersama Man City selama 10 musim selepas meninggalkan Valencia pada tahun 2010.

Pemain berusia 34 tahun itu melakukan 436 penampilan bersama City dan menjulang 14 piala.

Kelab Serie A Itali, Lazio dikhabarkan telah menawarkan pemain itu kontrak tiga tahun namun Silva mengambil keputusan menyertai Sociedad secara percuma. – MalaysiaGazette