Daftar “Parti Perjuang”, Guna Lambang Huruf Jawi ‘Pa’ | EDISI MG 8 mlm – 19 Ogos 2020

Parti yang diasaskan Tun Dr Mahathir Mohamad, Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) secara rasminya menggunakan huruf Jawi ‘Pa’ sebagai logo partinya.

Menurut bakal Presiden parti tersebut, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, logo rasmi parti itu akan menggunakan lambang perisai.

Jelas beliau lagi, parti itu menggunakan lambang huruf ‘Pa’ bermaksud pejuang dengan 3 titik di atas melambangkan 3 rukun iaitu Rukun Islam, Rukun Iman dan Rukun Negara.

1 Komen

Comments are closed.