Gambar hiasan

BUKIT MERTAJAM –  Polis menahan seorang lelaki yang disyaki memandu di bawah pengaruh dadah dan melanggar enam kenderaan termasuk sebuah Ford Mustang di lokasi berbeza di Seberang Perai Tengah (SPT) di sini semalam.

Ketua Polis Daerah SPT ACP Shafee Abd Samad berkata suspek berusia 28 tahun terbabit ditahan selepas polis menerima laporan daripada enam mangsa mendakwa kenderaan dipandu mereka dilanggar oleh sebuah kereta jenis Toyota Vios dalam kejadian bermula 12 tengah hari hingga 3.30 petang.

“Berdasarkan maklumat daripada enam pemandu itu, sebuah kereta Toyota Vios dipandu seorang lelaki telah melanggar kenderaan mereka di kawasan Jalan Bukit Tengah, Jalan Kebun Sireh, Jalan Murthy, Jalan Ooi Chooi Ceng, Jalan Muthu Pallaniappan dan Jalan Arumugam Pillai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya ujian saringan air kencing ke atas suspek mendapati lelaki tersebut positif dadah jenis methamphetamine.

“Polis tidak menolak kemungkinan semasa lelaki itu melanggar enam buah kereta tersebut dia di bawah pengaruh dadah dan  suspek kini direman untuk siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

 

— BERNAMA

1 Komen

  1. Sunyi je ngo2 rasist pelampau melayu islam ini bila melibtkn pemandu terlibat dadah..nmun bila akibat pemanduan mabuk! Bkn main melalak melolong..mengikut statistik bngsa melayu lebih ramai trlibat dgn najis dadah,.sbb tu diam membisu, ..tapi kes alkohol mejoriti bkn islm melayu..

Comments are closed.