NEW DELHI – Kaum wanita di India telah terdedah kepada jangkitan Covid-19 berbanding lelaki.

Dapatan itu hasil ujian antibodi yang dijalankan.

Tinjauan kerajaan mendapati hampir satu per tiga daripada lebih 15,000 orang penduduk yang menjalani ujian saringan didapati mempunyai antibodi Covid-19.

Menurutnya, tinjauan pertama pada bulan Julai menemui 23.48% orang diuji dengan antibodi tersebut.

New Delhi merekodkan lebih daripada 150,000 kes dan 4,257 kematian akibat Covid-19.

Tinjauan terkini yang dijalankan pada awal Ogos mendapati 32.2 % wanita di ibu negara membangunkan antibodi kepada virus itu berbanding 28.3% lelaki.

Puncanya tidak dapat dipastikan.

Secara keseluruhannya, 29% orang yang diuji didapati membangunkan antibodi koronavirus.

Ini bermakna hampir 6 juta daripada 20 juta penduduk New Delhi dijangkiti dengan virus itu dan pulih. – MalaysiaGazette