DAPSY Kuching bertindak menambah tulisan Cina pada papan tanda jalan dan mendakwa majlis bandaraya tertinggal tulisan tersebut.
KUALA LUMPUR – Tindakan DAP sengaja mengeksploitasi bahasa Cina boleh mencetuskan ketegangan dan dianggap bermotif menghasut, kerana sesuatu kaum akan pantas bangkit jika bahasa, budaya dan agama kaum itu digunakan sebagai ‘senjata’.
Di bawah Akta Hasutan 1948, sesiapa yang dianggap cuba menghasut dengan membangkitkan isu berkenaan sehingga mencetuskan suasana tegang, konflik dan menggugat keselamatan, boleh dikenakan tindakan sewajarnya.
Timbalan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Fazzrudin Abdul Rahman berkata, tindakan DAP juga tidak menghormati undang-undang dan melakukan vandalisme secara terangan-terangan pada papan tanda jalan di sekitar Kuching, Sarawak.
Lebih dikesalkan, katanya, DAP mendabik dada dengan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut apabila  menularkannya kepada umum menerusi hantaran-hantaran di laman sosial.
“Tndakan DAP meletakkan tulisan bahasa Mandarin atau tulisan Cina ke atas beberapa nama jalan di sekitar Kuching tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan, jelas melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1953/1967 yang menetapkan bahasa kebangsaan hendaklah digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan termasuk pada papan tanda nama jalan,” katanya.
Beliau mengulas tindakan biadab Pemuda DAP menambah tulisan Cina pada tiga papan tanda nama jalan di sekitar Kuching dan memuatnaik tindakan gambar-gambar di laman sosial.
Menurut Fazzrudin, Pemuda PBB percaya semua rakyat Sarawak yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama sayang bahasa dan budaya masing-masing.
Namun, katanya, pada masa yang sama semua pihak harus menghormati Perlembagaan dan bahasa kebangsaan.
“Semua kita harus bersikap realistik dalam perkara ini dan terus mempertahankan keharmonian kaum yang kita nikmati selama ini,” katanya.
Fazruddin juga menyifatkan DAP ketandusan modal selepas mereka gagal menunaikan segala janji dalam manifesto Pilihan Raya Umum 14 apabila diberi peluang memerintah negara.
“DAP  jelas amat terdesak menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak Ke-12 sehingga sanggup mempolitikkan isu bahasa Cina hanya untuk kepentingan peribadi dan parti semata-mata.
“Budaya politik negatif sebegini sememangnya tidak diterima di Sarawak yang amat menghargai perpaduan,” katanya.
Fazzrudin berkata, pihak berkuasa tempatan harus mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat sebelum ia mencetuskan suasana kurang senang di kalangan masyarakat, sekaligus menguggat keharmonian kaum di negeri ini. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Dlm konteks sarawak bahasa english jga adalh bhasa rasmi, begitu jga di sabah sidang Dun boleh saja mengunakn bhasa english tnpa minta keizinan dripda speaker..inilh permainan perkauman dan agama yg dibwa oleh parti2 dari Tanah melayu semenanjung demi meraih undi, spt di sabah perayaan kristmas cuba diharamkn oleh parti Pas yg menuduhnya sbg kristianisasi..ssgkn jelas dlm perkara 18/20 sabh sarwk seharusnya tdk ada agama rasmi..

Comments are closed.