khairuddin
Mohd Khairuddin Aman Razali

KUALA LUMPUR – Bukit Aman sudah membuka kertas siasatan terhadap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali selepas gagal mematuhi kuarantin wajib di rumah setelah pulang dari Turki, pada 7 Julai lepas.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata,  sebanyak 27 laporan polis telah diterima berhubung perkara itu dari seluruh negara setakat ini.

“Pihak polis melakukan siasatan menyeluruh terhadap Mohd Kharuddin mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya.

Semalam Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan media memaklumkan kementerian itu mengenakan kompaun RM1,000 terhadap Mohd Khairuddin pada 7 Ogos lepas, atas kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

Beliau telah menjelaskan kompaun itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kompaun RM1,000 yang dikenakan pihaknya terhadap Khairuddin adalah berasingan daripada siasatan sedang dijalankan polis.

Mohd Khairuddin dilaporkan pulang dari Turki pada 7 Julai dan sampel nasopharyngeal swab kali pertama telah diambil pada hari yang sama dan didapati negatif. Ujian saringan COVID-19 kali kedua dan ketiga juga menunjukkan keputusan negatif.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok mendakwa, Mohd Khairuddin tidak menjalani kuarantin 14 hari selepas pulang daripada kunjungan ke Turki.

Ekoran itu, Mohd Khairuddin yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, telah dikritik banyak pihak kerana  tidak mematuhi SOP yang ditetapkan pihak berkuasa, khasnya mengingkari arahan kuarantin bagi mana-mana warganegara Malaysia yang pulang ke tanah air dari luar negara.

Dalam satu kenyataan berasingan semalam, Mohd Khairuddin pula memberitahu beliau akan memulangkan gaji sebagai menteri bagi Mei hingga Ogos, sebagai sumbangan kepada Tabung Bantuan Bencana Negara (Tabung COVID-19). – Bernama

2 Komen

  1. Kelakar aku ..yg buat lporan polis tu puak2 dap hanat je..yg org ramai buat lporan polis kpd bekas pm, bekas pguam ngra perkauman tu, dan dap hanat yg salah guna kuasa tu bila pula pihak polis nk buka kertas siasatan ..ke nak tggu 1k laporan bru nk siasat ke..jadi polis biar adil..jgn pilih kasih..”polis dan masyrakat berpisah tiada”

  2. Great job done by DAP’s Theresa Cop….managed to catch the ustaz pants down. Political check and balance is well alive in my country.

Comments are closed.