Syed Saddiq Syed Abd Rahman

KUALA LUMPUR – Hasrat Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu menubuhkan satu lagi parti politik baharu yang berteraskan golongan belia dan ahli terdiri daripada semua kaum sesuatu yang menggembirakan.

Namun sejauh manakah pengaruh Syed Saddiq untuk membawa tarikan anak muda ini untuk menyertai partinya menjadi persoalan, kata Ketua Biro Wanita AMK Terengganu, Leny Azmi.

Ini kerana, Syed Saddiq pernah melancarkan NGO Challenger pada tahun 2016 yang pada waktu itu juga dikhabarkan menjadi wadah perjuangan politik anak muda negara.

Pada akhirnya Challenger dijadikan tempat beliau untuk mendapat political mileage dalam parti yang baru diasaskan pada ketika itu iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)) walaupun Challenger baru sahaja ditubuhkan beberapa bulan.

”Pada ketika itu saya tertanya-tanya kenapa beliau begitu cepat beralih arah sedangkan pada awalnya Syed Saddiq menyatakan beliau menubuhkan Challenger untuk penggerak politik anak muda namun akhirnya beralih arah kepada sebuah parti yang berbentuk perkauman dan dimonopoli oleh orang tua.

”Hari ini hal yang sama juga terjadi bukanlah ingin memperlekehkan inisiatif anak muda tetapi sejauh mana kebenarannya saya tidak pasti. Adakah parti anak muda yang bakal diasaskan Syed Saddiq benar-benar melobi anak muda ataupun cuma kuda tunggangannya untuk mencapai matlamat peribadinya?” soal Leny.

Menurutnya, Syed Saddiq boleh sahaja memilih untuk kekal berprinsip seperti apa yang dicanangkan di media sosial tetapi hakikatnya perbuatan beliau pada waktu itu sangat bertentangan dengan apa yang dibicarakan.

Lagipun, ini bukan pertama kali malah berkali-kali contoh ayat yang paling biasa didengar “Anak muda masa depan Malaysia atau Youth Power” tetapi akhirnya menyokong ahli politik berusia 95 tahun kekal sebagai Perdana Menteri.

Soalnya lagi, jika benar berprinsip mengapa Syed Saddiq seolah-olah memejam mata melihat kesilapan yang dilakukan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam mempertahankan Pakatan Harapan (PH).

Leny berkata, Syed Saddiq asalnya seorang pendebat terbaik di Asia dan beliau tidak mempunyai latar belakang yang kuat dari segi aktivisma kerana itulah keupayaannya diragui dalam mengasaskan parti anak muda apatah lagi beliau sendiri tidak mempunyai sokongan akar umbi yang kuat.

Jika Syed Saddiq sememangnya seorang pelajar yang terlibat dengan gerakan mahasiswa atau berkecimpung dalam dunia aktivis, pasti beliau paling kurang mempunyai asas “follower’ untuk mengikuti segala gerak langkahnya dalam politik.

”Namun apa yang saya lihat hari ini sokongan yang datang lebih kepada peminat yang mengaguminya kerana faktor rupa paras bukan dari segi prinsip dan perjuangannya dalam politik.

”Jika beliau benar ingin keluar daripada bayang-bayang Mahathir saya juga berharap dia berani mengkritik mana-mana ahli politik yang mencabul sistem politik Malaysia dengan isu politik perkauman dan perebutan kuasa yang tidak berkesudahan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Syed Saddiq bakal tubuh parti belia

3 Komen

  1. Slm, tiada salah pun sayid sadiq tubuhkn partinya sendri,ppbp tu adalah pegalaman belau ddlm parti politik, sekurang2nya,belau telah ada pengalaman,,M’sia negara demokrasi bukan?di persilakn…teruskn prinsipnya…….

  2. Dia ni ada kes,pemuda bodoh aja yg nak ikut dia ni masuk longkang..si bahlol ni rasuah pun boleh tahan jugak ni,tapi amateur lagi nii..

Comments are closed.