Seramai 267 orang anggota polis akan mengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim esok.- Gambar hiasan.

SLIM RIVER – Seramai 267 orang anggota polis akan mengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim esok.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ikmalrudin Ishak berkata, semua anggota terbabit akan mengundi di Ibu Pejabat Polis Daerah Muallim.

Jelasnya, Pusat Pengundian Awal akan dibuka mulai puku 8 pagi hingga 5.30 petang.

“Sepanjang proses undi awal ini, pematuhan kepada garis panduan pencegahan Covid-19 yang berkuatkuasa seperti penjarakan fizikal, amalan pemakaian pelitup muka separuh, penggunaan pensanitasi tangan dan saringan suhu badan akan dilaksanakan.

“Proses pengundian awal ini akan disaksikan oleh ejen calon serta Pemerhati Pilihan Raya yang telah dilantik oleh SPR.

“Di samping itu, SPR akan menyiarkan proses pengundian ini secara live streaming menerusi Facebook SPR,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ikmalrudin memberitahu, peti undi bagi pengundian awal akan disimpan di lokap IPD Muallim.

Jelas beliau, pengiraannya akan dibuat pada Hari Pengundian pada 29 Ogos ini di pusat pengiraan undi di Bilik Menunggu, Aras 3, Majlis Daerah Tanjong Malim.

“SPR berharap para pengundi menunaikan hak dan tanggungjawab mereka,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast