Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa.

KUALA LUMPUR – Kenyataan terbaharu Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa tiada kluster baru terhasil daripada insiden keingkaran salah seorang pemimpinya mematuhi perintah kuarantin Covid-19 dibidas pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah).

Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa secara tegas berkata, adakahn kerajaan Perikatan Nasional (PN) hendak melihat kluster baharu wujud kerana keingkaran itu baru mahu menghukum Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

“Isunya bukan Kluster Takiri tapi tak patuh SOP (Prosedur Operasi Standard).

“SOP adalah undang-undang yang perlu dihormati bukan nak tggu ada kluster baru bersalah!,”  kata bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu di Twitter hari ini.

Tuan Ibrahim sebelum ini berkata, isu membabitkan Mohd Khairuddin Aman Razali sudah tidak penting kerana terbabit tidak menyebabkan sebarang kluster.

Terdahulu Mohd Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus dikompaun RM1,000 atas kesalahan gagal menjalani kaurantin kendiri sebalik pulang dari Turki pada 7 Julai lalu.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu juga memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia serta menyumbangkan gajinya selama empat bulan kepada Tabung Bantuan Bencana Negara (Covid-19).

Untuk rekod pengakuan dan permohonan bersalah itu dibuat Mohd Khairuddin selepas dia beberapa kali mempertahankan kewajaran tindakannya tidak melakukan kuarantin kendiri.

Mohd Khairuddin dikenakan kompaun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana didapati gagal mematuhi Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998.

KKM dalam kenyataan memaklumkan, Mohd Khairuddin pulang dari Turki pada 7 Julai lalu dan sampel calitan pertama yang diambil sebaik tiba di negara ini adalah negatif. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Rule of law la bodoh..tak payah lah sibuk tabur fitnah… Nama saja orang Islam… KKM dah confirmedkan RM1000 denda maksimum langgar KKP..takkan boleh tambah tambah..macam makan nasi..bukan macam undang2 PHaruupun, Nuaq terus bebas walaupun jawatankuasa pengampunan belum wujud….untuk menasihatkan YDPA…Madey sorang saja request sudah cukup power…undang2 apa?

Comments are closed.