Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin beramah mesra bersama tetamu yang hadir selepas hadir ke Forum Istimewa sempena Hari Wanita 'Women’s Leadership: Past, Present & Future’ di Wisma WIM, Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 25 OGOS 2020. foto MOHD ADZLAN, 25 OGOS 2020.

KUALA LUMPUR –  Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin membidas Lim Guan Eng yang mencabar Menteri Kewangan mendedahkan senarai penuh 101 projek yang diluluskan menerusi rundingan terus semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata, Ahli Parlimen Bagan itu sepatutnya lebih mengetahui secara terperinci projek yang telah diluluskan kerana ia berlaku semasa Guan Eng menjadi Menteri Kewangan.

Justeru tegasnya Setiausaha Agung DAP itu sepatutnya yang membuat pendedahan lanjut mengenainya.

“Guan Eng boleh dedahkan sebab dia yang tahu semua itu. Guan Eng lah yang kena dedahkan sebab dia yang beri kelulusan bukan Zafrul (Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz). Sebab dia mengaku tidak ada rundingan terus,” katanya yang juga Ahli Parlimen Ampang.

Terbaru, Guan Eng mencabar Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz untuk mendedahkan senarai penuh tender secara langsung yang dikeluarkan oleh kerajaan selama ini, termasuk sepanjang 22 bulan PH mentadbir.

Beliau selain itu mengaku meluluskan 101 projek secara rundingan terus bernilai RM6.61 bilion ketika pentadbiran PH dan menyifatkan ia perkara lumrah dan tidak bercanggah dengan peraturan kerajaan.

Dalam pada itu Zuraida  menyokong  Menteri Kanan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mendedahkan peruntukan perolehan semua projek itu tidak pernah dibincang dalam mesyuarat Kabinet.

“Saya tidak tahu (kemententerian yang terlibat) sebab saya memang tidak terlibat dalam urusan ini setahu saya memang tidak pernah diminta kelulusan di dalam Kabinet,” tambahnya.

Zuraida juga terbuka sekiranya Zafrul sedia mendedahkan lebih lanjut. -MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Kalau Lim Gone End DAP ni buat rundingan terus, itu ‘biasa & lumrah’…tapi kalau org lain yg buat rundingan terus, itu ‘luar biasa’..Mana ada cina kafir yg tak bohong. Kalau dia tak bohong,dia bukan cina..Apek ni patutnya dikenakan hukuman potong lidah lah sbb kuat putar belit,keling pun tak mcm ni lah..

Comments are closed.