Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM) berharap kerajaan Perikatan Nasional dapat memperhalusi cadangan-cadangan belanjawan yang dikemukakan oleh rakyat, melalui saluran Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM).- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sesi petang Dewan Rakyat hari ini dimulakan lewat apabila sidang tidak boleh dilakukan gara-gara tidak cukup korum ahli Parlimen yang hadir.

Justeru itu, loceng Dewan dibunyikan semula selama dua minit bagi memastikan sejumlah 26 Ahli Parlimen kerajaan hadir ke dewan bagi memulakan sidang.

“Speaker, tak cukup korum” jelas Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer.

Sedar akan itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon mengarahkan Bentara Parlimen untuk mengira semula kehadiran ahli Parlimen kerajaan.

“Bentara sila jalankan tugas, kira berapa ramai,” arah Rashid.

Rayer berkata;” Tak cukup korum, hanya ada 12 sahaja ahli Parlimen kerajaan.”

Rashid selepas itu mengarahkan agar loceng Dewan Rakyat dibunyikan selama dua minit lagi.

“Sekarang ada 19 ahli Parlimen kerajaan, jadi kita tunggu untuk minimum korum,” arah Rashid.

Selepas dua minit loceng dibunyikan, akhirnya jumlah minimum 26 ahli Parlimen kerajaan berada di dalam Dewan Rakyat.

Sidang dewan diteruskan dengan perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Pelaksanaan Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Covid-19, hari ini oleh Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Ini lah sikap mereka yg telah kita amanahkan. Dapat gaji beribu2 – tak cukup dari itu, ada yg dikatakan dok rembat wang rakyat…. sampai ada yg turun naik mahkanah……time Dewan bersidang, depa ponting.

    Wajarkah???…

Comments are closed.