LONDON – Sehingga kini, belum terdapat pengesahan serta pengumuman rasmi dari pihak Manchester United berikutan insiden perbalahan di Greece yang melibatkan kaptennya., Harry Maguire.

Namun terdapat spekulasi yang bertiup bahawa Maguire bakal berdepan tindakan pelucutan jawatan kapten pasukan United untuk musim 2020/2021.

Paul Pogba, Rashford, Bruno Fernandes atau De Gea dilaporkan bakal menggalas jawatan kapten pasukan United sekiranya Maguire dilucutkan jawatan kapten.

Hujung minggu lalu, Maguire telah ditahan Polis Greece ketika dalam percutiannya di Mykonos.

Bekas pemain Leicester itu ditangkap kerana menyerang pegawai polis dalam insiden pergaduhan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast