Mohamed Azmin Ali. foto AFFAN FAUZI, 23 OGOS 2020.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sepatutnya mendedahkan lagi penyelewengan dan pembohongan yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan.

Ini kerana, beliau yang pernah menjadi Menteri Ekonomi dalam Kerajaan PH mesti banyak maklumat.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi berkata, sebagai menteri paling berpengaruh ketika dalam Kerajaan Pakatan Harapan, Azmin jangan hanya berani tokok tambah apabila ada Menteri Perikatan Nasional membuat pendedahan.

”Kalau nak pusing, biar pusing habis. Tapi rakyat tidak akan terpusing. Pada mereka, wajah Azmin semakin terang benderang,” katanya dengan penuh kiasan.

Mohd Puad mengulas mengenai pendedahan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz di Dewan Rakyat kelmarin tentang 101 projek rundingan terus bernilai RM6.61 bilion diluluskan oleh kementerian tersebut sewaktu pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan.

Tengku Zafrul membangkitkan perkara itu ketika penggulungan RUU Langkah-langkah sementara bagi pembiayaan kerajaan (penyakit koronavirus 2019) Covid-19 2020 di Dewan Rakyat.

Azmin ketika itu bangun mencelah, dengan mendedahkan peruntukan itu tidak pernah dibincang dalam Mesyuarat Kabinet.

”YB Bagan tidak pernah bincang peruntukan RM6.61 bilion ini dalam Mesyuarat Kabinet,” kata Azmin yang kini menerajui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Mohd Puad turut mempersoalkan: “Apakah Mahathir punca kegagalan atau kerana Guan Eng. Tidakkah sebagai Menteri Ekonomi, dia terbabit sama?”.

Menyifatkan tindak-tanduk Azmin yang tumpang semangkuk menghentam Kerajaan Pakatan Harapan, veteran UMNO itu bertanya sebagai Menteri Ekonomi adakah Azmin maklum tentang janji untuk menghapuskan rundingan terus dalam perolehan kerajaan telah dimungkiri. – MalaysiaGazette

Mengapa sorok-sorok, dedahkan senarai penerima – Guan Eng cabar Tengku Zafrul

2 Komen

  1. Azming yang bongkak dan sasau…..hapus lenyap…pn.umno..bn.pas.bersatu…..takut tak tak takut

  2. Jangan dok wat kira lagi dengn Jemin tu. Tunjukkan bukti sebagaimana yg diminta. Jgn pandai dok tumpang menyalak jer.

    Hormatku pun dah hilang……..

Comments are closed.