Mohamed Hanipa Maidin SOSMA Najib Razak Dewan Rakyat Parliament
The Member of Parliament of Sepang, Mohamed Hanipa Maidin

KUALA LUMPUR – Sesi perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 hangat apabila berlaku pertikaman lidah antara Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin dan Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman.

Hanipa ketika membahaskan RUU itu mempersoalkan tindakan pemimpin Pas dan lidah rasmi mereka Harakahdaily membela kesalahan Menteri Perusahan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19.

“Bukan macam Pas sudah salah pun tidak mahu mengaku. Menteri dah salah RM1,000 itupun nak bela juga. Kata tidak ada lagi kluster Khairuddin.

“Saya cakap betul. Orang Pas tidak mahu mengaku sebenarnya menteri dah salah, janganlah bela. Harakahdaily itu pun bela jugak.

“Sebab itulah saya kesian dengan BN yang berkawan dengan Pas. Kami sudah lama tinggalkan Pas, kami tahu tentang Pas.

“Tahniah kepada Perikatan Nasional kerana bersama dengan Pas. Selamatlah melayan Pas ni,” katanya di Dewan Rakyat.

Kata-kata itu menimbulkan rasa tidak puas hati Abdul Latiff yang kemudiannya  membangkitkan fakta bahawa kemenangan Hanipa pada 2018 adalah atas tiket Pas.

Mendengar perkara itu, Hanipa kemudiannya mengeluarkan kata-kata kesat dengan menggelarkan Abdul Latiff sebagai bangang.

“Masa itu kita menang atas tiket Pakatan Rakyat, apalah bangang sangat,” kata Hanipa lagi.

“Siapa yang bangang YB,” desak Abdul Latiff.

“Youlah,” jawab Hanipa.

Dalam nada menyindir, Hanipa mengucapkan tahniah kepada Perikatan Nasional yang mengambil Pas sebagai rakan sekutu yang baru.

“Tahniah kepada Perikatan Nasional kerana bersama dengan Pas. Selamatlah melayan Pas ni,” perli bekas Timbalan Menteri itu.

Episod tegang leher itu bagaimanapun berjaya dileraikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun. – MalaysiaGazette

9 Komen

  1. hahahahah.. dan rakyat juga tahu mengapa PAN bermati matian bercerita tentang isu ini berbanding cerita rundingan terus 6.61 billion.. sebab kow tow kepada tuan dia sipuak cauvinis..

  2. Ini lh manusia klu berkawan dgn org kafir, ckp pun mcn kafir dap harbi je…patut lh ko duk dgn puak2 dap kafir harbi…sbb sama je prngai..harap2 kafir2 dap ni cpt2 hncur.

  3. Nipah medin gila babi.. Dia yg bangang..
    Hang bertanding atas tiket PAS la dulu nipah medin gila oii.. PAS yg keluarkan watikah calon utk hang bertanding. Logo pun guna logo PAS.
    Bangang punya nipah…

  4. Kes Dr. khairuddin ni diperbesarkan padahal ujian dia negatif. Kluster khairuddin adalah Kluster negatif. Hakikatnya, tiada kes.
    Tapi yelah, segala kesilapan kecil diperbesarkan supaya nampak dirinya bekerja utk DAP. Inilah sifat Hanipa Maidin.
    Dahulu masa dia sakit, orang PAS juga yg datang lawat. Begitulah manusia yg sentiasa berkawan dgn orang kafir.

  5. Siap penduduk sepang kat sini?
    …ermmmm…malu laaa ada wakil rakyat mcm ni.
    …pru15 ni budak ni kasi tukar !!!

Comments are closed.