PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.
KOTA BHARU – Polis Kelantan merekodkan sebanyak 86 kes sindiket penipuan ‘Macau Scam’ dalam tempoh Januari hingga Julai tahun ini yang melibatkan jumlah kerugian menjangkau sehingga RM3.2 juta.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil  (JSJK) Kelantan Supt Ahmad Azizul Mohamed berkata mangsa terdiri daripada 42 lelaki dan 44 wanita.

Beliau berkata dari segi jumlah kerugian, kategori umur 40 tahun ke bawah mencatatkan kerugian RM603,000 manakala kategori umur 40 hingga 60 tahun melibatkan jumlah kerugian RM1.4 juta dan kategori umur 60 tahun ke atas mencatatkan jumlah kerugian RM1.2 juta.

Katany,a antara langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan, orang ramai boleh memuat turun aplikasi telefon pintar ‘Semak Penipu CCID’ untuk membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang digunakan, sama ada pernah terlibat di dalam kes-kes jenayah komersil.

“Mereka juga boleh melakukan semakan secara terus dengan balai polis atau Ibu Pejabat Polis Daerah yang berhampiran berkenaan dengan panggilan telefon yang diterima,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau turut menasihatkan masyarakat agar jangan mudah percaya dan mengikut arahan yang diberikan oleh individu yang tidak dikenali terutamanya yang tidak pernah berjumpa secara berhadapan, dan jangan sesekali mendedahkan maklumat peribadi dan kewangan melalui telefon atau media sosial atau menyerahkan kad ATM atau nombor PIN kepada sesiapa. – MalaysiaGazette