Khalid Abdul Samad

KUALA LUMPUR – Majlis Setiausaha Pakatan Harapan amat kesal dengan tindakan kerajaan menarik balik pindaan Perlembagaan mengehadkan jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal.

Barisan pemimpin Pakatan Harapan mendakwa sikap ‘pusingan U’ ini membuktikan kerajaan Perikatan Nasional  tiada ‘falsafah perjuangan’ dan hanya berminat memegang kuasa selain tidak mempunyai wawasan atau visi yang lebih besar untuk memastikan demokrasi sentiasa subur di bumi Malaysia.

Mereka yang terdiri daripada Fahmi Fadzi, Khalid Samad dan Liew Chin Tong menyatakan pandangan sedemikian dalam kenyataan bersama hari ini.

Menurut pemimpinan berkenaan,  peluang keemasan melaksana reformasi yang amat bermakna telah disia-siakan dan dibuang begitu sahaja oleh Perikatan Nasional.

”Antara tujuan utama Pakatan Harapan mengusahakan pindaan ini adalah untuk memastikan seorang individu tidak memegang jawatan Perdana Menteri untuk tempoh terlalu lama yang memungkinkan beliau mengambil kesempatan ke atas kedudukan tersebut selama memegang jawatan politik utama negara.

”Ini termasuk kemampuan menutup penyelewengan yang dilakukannya,” kata mereka.

Secara tidak langsung juga, pindaan tersebut diharapkan akan dapat memberi peluang kepada lebih ramai pimpinan politik baharu untuk berkhidmat sebagai Perdana Menteri dan menutup kemungkinan budaya pendewaan seseorang pemimpin. – MalaysiaGazette

Kerajaan tarik balik RUU Perdana Menteri dua penggal