Siti Norhidayah Mohd Ali. foto SYAFIQ AMBAK, 14 FEBRUARI 2020.

KUALA LUMPUR – Siti Nurhidayah Mohd Ali, balu kepada pelakon dan pelawak, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau Abam Bocey, enggan memberi ulasan mengenai saman yang dikemukakan adik iparnya.

Ini kerana, Hidayah tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, menurut ahli keluarganya.

“Buat masa ini Hidayah tidak mahu ditemui oleh pemberita dan enggan mengulas sebarang isu saman untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette.

Semalam, Astro Gempak melaporkan Ali Puteh atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar mengaku mengeluarkan saman terhadap Hidayah dan jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Saman tersebut dikeluarkan oleh Ali selaku plaintif keempat bersama ibunya, Sabariah Arshad (plaintif pertama), bapa Syed Mohd Ridzuan (plaintif kedua) dan kakak sulung Sharifah Norwahidah (plaintif ketiga).

Sebutan kes tersebut telah berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.

Ali mengakui mengambil keputusan menyaman bekas kakak iparnya itu sebagai tindak balas terhadap Hidayah yang mengeluarkan saman kepadanya terlebih dahulu.

“Selepas mendapat nasihat daripada peguam saya, beliau menyarankan agar kami pula mengambil tindakan terhadap Hidayah.

“Itupun selepas perbincangan dan mengambil kira beberapa faktor seperti kesan emosi kami sekeluarga sebaik sahaja video Hidayah bersama jutawan kosmetik Aliff Syukri menjadi tular,” kata Ali. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Org suruh ko terjun lubok.. Ko pun terjun!! Bertindak ikut emosi dan telunjuk!! Dah tua pun bodoh!! Org tak utamakan silatulrahim memang tak nak langsung terluka!! Dengan bekas kak ipar sendiri yg baru terluka kesedihan ko tak fikir pun emosinya… Ko fikir jiwa ko je… Seolah ko tak fikir wujudnya anak buah ko…

  2. Zaman sekarang ne. Mana Ada fikirkan anak buah Zali. Ramai yang fikirkan apa yang terluah dihati. Soal silatulrahim kemudian. Mengalah bukan berarti Kalah.

Comments are closed.