PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

BUTTERWORTH – Polis menahan dua lelaki warga Myanmar bagi membantu siasatan berhubung kes cubaan bunuh isteri seorang daripada suspek berkenaan, dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Bagan Jermal, di sini minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor berkata lelaki berusia18 tahun yang merupakan suami kepada mangsa ditahan ketika bersembunyi di kawasan ladang getah Kampung Lancuk Binjai di Pendang, Kedah kira-kira pukul 7.00 malam semalam manakala rakannya berumur 20 tahun di Butterworth, sekitar waktu yang sama.

“Dalam kejadian 1.40 pagi pada Khamis lepas (20 Ogos) itu, jiran sebelah rumah pasangan suami isteri warga Myanmar itu membuat laporan polis selepas isteri suspek (mangsa) yang berusia 16 tahun memberitahu dia dicederakan oleh dua lelaki termasuk suaminya selepas berlaku pertengkaran antara mereka.

“Wanita yang sedang mengandung tujuh minggu itu di bawa ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut dan disahkan mengalami kecederaan luka di bahagian atas leher, manakala suami serta rakannya yang terlibat dalam kejadian itu melarikan diri,” katanya kepada Bernama hari ini.

Noorzainy berkata polis menemui sebilah pisau pemotong daging di tempat kejadian, dan menurutnya dua lelaki yang tidak bekerja itu kini direman selama enam hari bagi membantu siasatan, dengan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh.

— BERNAMA