TERKINI : ISU PRU15 “Saya Pemain Kecil Sahaja Tak Boleh Komen” – Saifuddin Abdullah

Biar kepimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN) membuat keputusan sama ada ingin mengadakan Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) dalam masa terdekat atau tidak.

Itu jelas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah mengulas kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata perlu ada mandat bahau bagi menghapuskan label “kerajaan pintu belakang” kepada kerajaan PN.