Oscar Rodriguez

MADRID – Pemain tengah Real Madrid, Oscar Rodriguez sah menjadi milik Sevilla menerusi kontrak lima tahun, umum kelab itu hari ini.

Oscar menyerlah sebagai pemain projek remaja Madrid namun tidak pernah muncul dalam pasukan utama.

Dia menghabiskan dua musim di Leganes dan berjaya menjaringkan 13 gol dan membuat enam bantuan gol.

Pemain Sepanyol itu menjadi seorang daripada pemain utama Leganes musim lalu walaupun kelab berkenaan tersingkir daripada liga utama.

Dia dikenali sebagai pakar sepakan percuma selepas meledak empat gol musim lalu daripada 16 percubaan.

Sevilla membayar Madrid sekitar 15 juta euro (RM74.39 juta) bagi mendapatkan Oscar, menurut laporan akhbar Sepanyol.

“Pemain berusia 22 tahun ini menandatangani perjanjian bersama kelab untuk lima musim,” kata kenyataan daripada Sevilla. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast