PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Polis sedang menjejaki dua lelaki yang disyaki menyamun seorang wanita warga emas pada 22 Ogos lepas di sebuah rumah di Jalan Sultan Ibrahim di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata, dalam kejadian 5 pagi itu, mangsa yang berusia 63 tahun tersebut dan tinggal bersendirian di rumah, turut diikat dan dipukul oleh suspek yang kemudian melarikan barangan milik mangsa antaranya barang kemas dan wang tunai.

Mangsa yang mengalami kecederaan termasuk bengkak pada belakang kepala dimasukkan ke Hospital Sultanah Amanah di sini untuk menerima rawatan, katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau seterusnya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian menghubungi pegawai penyiasat Insp. Nizam Ramon di talian 011-16086119 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di 07-2182323. – Bernama