Tentera India dan China bertempur tanpa senjata di Lembah Galwan pada 20 Jun lalu. Insiden itu menyebabkan 20 askar India terkorban. foto Agensi

SHANGHAI – China mampu menyebabkan India mengalami kerugian ketenteraan yang lebih teruk daripada pada masa lalu jika mahu terlibat dalam persaingan, kata akhbar Global Times.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh akhbar yang disokong China selepas perbalahan meletus di antara kedua-dua negara yang memiliki senjata nuklear.

Pasukan tentera India mendakwa telah menggagalkan usaha tentera China untuk menduduki bukit di sempadan Asia di Himalaya barat, kata para pegawai di New Delhi, semalam.

Pada hari yang sama, jurucakap tentera China menuntut India menarik tentera yang didakwa Beijing telah melintasi sempadan bersama secara haram.

Kementerian Luar China menyatakan tenteranya belum melintasi sempadan kawalan sebenarnya.

””India … berkata, ia mendahului dalam aktiviti ketenteraan China,” kata Global Times dalam editorialnya.

“Perkataan ‘mendahului’ menunjukkan pasukan tentera India yang pertama kali melakukan tindakan yang merosakkan dan pasukan tentera India mendahului kali ini”.

Ia menambah, India akan berdepan dengan “China yang kuat” dan New Delhi tidak boleh mempunyai “khayalan” mendapat sokongan dari Washington mengenai isu tersebut.

“Tetapi jika India ingin terlibat dalam persaingan, China mempunyai lebih banyak alat dan kemampuan daripada India. Sekiranya India menginginkan pertarungan ketenteraan, PLA (Tentera Pembebasan Rakyat) pasti akan membuat tentera India mengalami kerugian yang jauh lebih parah daripada yang berlaku pada tahun 1962”.

Global Times diterbitkan oleh akhbar People’s Daily – media rasmi Parti Komunis China.

Ketegangan antara kedua-dua tentera itu berlaku di gurun salji di wilayah Ladakh sejak berbulan-bulan.

Pada bulan Jun lalu, 20 tentera India terbunuh dalam pertempuran tanpa senjata dengan tentera China di Lembah Galwan – pertempuran ketenteraan paling serius di negara itu selama lebih daripada setengah abad.

Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menarik diri selepas pertempuran itu, tetapi tentera India menuduh pasukan tentera China melanggar perjanjian itu pada hujung minggu lalu. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Boleh bincang mungkin India akan menjadi lebih maju dan modern jika China mengawal dasar political serta memutihkan sifat keterbukaan konservatif Tamadun Manusia untuk rakyat India berubah dan akhirnya menerima hak samarata kelahiran rakyat dinegara itu “bersaing” memiliki ekonomi serta hartanah.
    Demi kemajuan jangka panjang India seharusnya mengalu-alukan kehadiran rakyat China menetap menjadi warganegara sebagai “sifu” tanpa dibayar demi kemajuan Tamadun bangsa Negara India, tahun 2020 pun India masih tidak mampu membuat tandas sendiri.

  2. China yang pernah menyerang vietnam pun dilibas dengan teruk dan terpaksa berundur sebelum kehilangan nyawa askar yang lebih teruk. Ini pula kalau mahu serang india jangan fikir begitu mudah.

Comments are closed.