Pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Jayum Jawan berucap pada Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran PN di Persatuan Alumni Universiti Malaysia (PAUM), Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 01 SEPTEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Dakwaan beberapa pihak yang kaum Melayu akan hilang kuasa untuk menjadi Perdana Menteri pada masa depan adalah tidak benar.

Sebaliknya, pensyarah Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) yang juga penganalisis politik, Prof Dr Jayum Jawan berkata, orang Melayu tidak akan hilang kuasa memerintah di negara ini kerana kaum majoriti itu mempunyai kerusi terbesar dalam Dewan Rakyat.

“Orang bumiputera tidak perlu risau jika tidak ada satu parti pun yang menang majoriti pun Perdana Menteri tetap orang Melayu. Dahulu, semalam, esok orang Melayu akan jadi Perdana Menteri.

“Orang yang menyatakan Melayu akan hilang kuasa di bumi Melayu itu tidak benar kerana dia tidak baca dan salah baca fakta politik.

“Kalau baca fakta politik, orang Melayu tidak akan hilang kuasa. Kerana bila PRU diadakan, parti lain menang dan akan dilantik orang Melayu juga sebagai PM, bukan kaum Cina, India, bukan daripada Sabah dan Sarawak,” katanya selepas menjadi ahli panel Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran PN, di Rumah Persatuan Alumni UM hari ini.

Ujar Prof Dr Jayum lagi, kerusi-kerusi majoriti Melayu adalah faktor penentu kepada pemilihan sebarang calon Perdana Menteri.

Katanya, dengan adanya perkara itu, kaum Melayu di negara ini akan terus menentukan kuasa majoriti dalam menentukan siapa yang akan mengepalai kerajaan.

“Sebanyak 125 Parlimen kerusi adalah kerusi majoriti Melayu. Itu yang akan menentukan siapa akan jadi Perdana Menteri, bukan kaum Cina kerana mereka punya 39 kerusi sahaja. India tidak ada kerusi. Satu pun tak ada. Bukan saya kata, tengok fakta.

“Sabah Sarawak 51 kerusi sahaja. Kalau nak kata Sabah Sarawak itu bergabung boleh jadi key maker mana satu kumpulan Melayu yang akan memerintah,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Kenyataan Prof ni boleh dipertikaikan. Boleh tgk di Indonesia sbg contoh. Oleh kerana orang Islam berpecah belah dgn pelbagai parti, akhirnya gabenor Jakarta suatu masa dulu jatuh kpd Ahok..seorang bukan Islam. Padahal orang Islam adalah majoriti di Jakarta…tak pun mmg lahirkan pemimpinn Melayu Islam pada nama jer

  2. buat apa melayu bermegah dengan jawatan PM kalau hanya jadi tunggul dan boneka ?
    parti kaum lain pulak yang banyak membuat dasar dan polisi yang banyak merosakkan hak keistimewaan melayu dan bumiputera serta agama islam………gembirakah orang melayu???

Comments are closed.