Pemain pasukan bola sepak wanita Brazil akan dibayar gaji dengan jumlah yang sama seperti diterima pasukan lelaki.-Gambar hiasan.

RIO DE JANEIRO – Pemain pasukan bola sepak wanita Brazil akan dibayar gaji dengan jumlah yang sama seperti diterima pasukan lelaki, lapor agensi berita Xinhua, memetik Persekutuan Bola Sepak negara Amerika Selatan itu pada Rabu.

“Wang hadiah kemenangan dan elaun telah disetarakan untuk pasukan bola sepak lelaki dan wanita, menandakan pemain wanita juga akan memperoleh pendapatan yang sama seperti pemain lelaki,” kata Presiden Gabungan Bola Sepak Brazil (CBF) dalam satu sidang akhbar maya.

Caboclo menambah pengurus pasukan wanita nasional telah dimaklumkan mengenai keputusan itu pada Mac.

Australia, Norway dan New Zealand adalah antara negara dan wilayah lain yang membayar gaji setara kepada pasukan lelaki dan wanita mereka.

Pemain pasukan wanita AS memfailkan tuntutan terhadap persekutuan mereka pada Mac kerana didakwa melakukan diskriminasi berhubung pembayaran gaji. Hakim mahkamah persekutuan menolak tuntutan itu, dan mereka kemudian mengemukakan rayuan.

Brazil kini berada pada kedudukan kelapan dalam senarai pasukan bola sepak wanita FIFA, di belakang AS, Jerman, Perancis, Belanda, Sweden, England dan Australia.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast