Sergio Reguilon menjadi buruan Manchetser United selepas Real Madrid dikatakan sedia menjual pemain itu.

LONDON – Manchester United mengemukakan tawaran berjumlah £26.8 juta untuk pemain pertahanan Real Madrid, Sergio Reguilon.

Reguilon, 23, dipinjamkan kepada Sevilla pada musim lalu dan aksi luar biasanya membantu pasukan itu menjulang Liga Europa keenam menarik perhatian kelab elit Eropah tersebut.

Juventus dan Tottenham Hotspur merupakan antara kelab yang mengintai perkembangan pemain itu.

Chelsea juga mengenalpasti pemain itu untuk mengisi posisi bek pertahanan di Stamford Bridge selepas mengetahui pemain berkenaan tidak mempunyai masa depan di bawah pengurusan Zinedine Zidane di Santiago Bernabeu.

Zidane membeli pemain baharu, Ferland Mendy bagi menggantikan Reguilon, sekali gus memberi mesej jelas kesediaannya melepaskan pemain itu.

Bek kiri Red Devils, Luke Shaw pula tidak akan beraksi musim baharu Liga Perdana Inggeris yang bermula 15 September ini akibat kecederaan.

Mengambil kira situasi itu, Pengurusnya, Ole Gunnar Solskjaer mencari seorang pemain alternatif untuk Shaw dan melihat  Reguilon merupakan calon paling layak menggantikan Shawa lalu mengemukakan tawaran rasmi untuk mendapatkan pemain itu.

Bagaimanapun, Real Madrid dilaporkan akan menentukan sama ada mahu menjual pemain itu atau melepaskannya secara pinjaman untuk semusim lagi dalam sehari dua ini.

Juara bertahan La Liga itu dikatakan merancang menjual pemain muda tersebut dengan bidaan yang lebih tinggi pada tahun depan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast