KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan dua individu yang terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Klang Lama petang semalam.

Menerusi rakaman yang tular, individu terbabit yang memandu sebuah kenderaan jenis Volvo telah memasuki laluan bertentangan hingga menyebabkan kenderaan yang dipandu melanggar bahagian hadapan kereta Produa Myvi berwarna hitam.

Dalam satu kenyataan, Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur memaklumkan, seorang pengadu telah membuat laporan di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur berhubung kejadian tersebut pagi tadi.

Berdasarkan maklumat, pemandu Volvo tinggal di alamat di Taman Aman, Jalan Dato Lim Hoe Lek, Kuantan manakala pemilik kenderaan jenis Myvi pula tinggal di alamat Jalan Riang Taman Gembira, Jalan Kuchai Lama.

Kemalangan itu melibatkan seorang lelaki dan seorang wanita berbangsa Cina.

Kelab Info Malaysia menerusi hantaran di Facebook memberitahu, pada mulanya orang ramai yang melihat insiden tersebut beranggapan bahawa pemilik kedua-dua kenderaan sedang bergaduh.

Bagaimanapun, ketika dihampiri, pemandu Volvo terbabit dipercayai berada dalam pengaruh alkohol ekoran kenderaannya berbau minuman keras.

Pemandu Volvo terbabit kemudiannya ditahan orang ramai untuk diserah kepada pihak polis tanpa ada sebarang kejadian tidak diingini berlaku. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. U can have a big car and maybe a big job, but with a small brain, u nothing more than a big pile of garbage.

Comments are closed.