Seorang penduduk mengangkat bekas air tadahan yang disediakan oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) setelah penduduk sekitar mengalami gangguan bekalan air ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Mutiara 6, Taman Selayang Mutiara, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 05 SEPTEMBER 2020

KUALA LUMPUR – Sebanyak 618 kawasan telah menerima bekalan air setakat jam 12.30 tengah hari tadi.

Manakala 674 kawasan masih dalam proses pemulihan.

Pengurusan Air Selangor berkata, secara keseluruhan 47.83% daripada 1,292 kawasan yang mengalami gangguan air tidak berjadual itu sudah mendapat bekalan semula.

Pemulihan bekalan itu melibatkan 57.2% wilayah Petaling. Klang/Shah Alam (24.2%), Gombak (11.3%), Kuala Lumpur (41.3%), Hulu Selangor (94.1%), Kuala Langat (50%) dan Kuala Selangor (93.5%). – MalaysiaGazette