Sebahagian penduduk mengambil bekalan air yang telah disediakan oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) setelah penduduk sekitar mengalami gangguan bekalan air ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Mutiara 6, Taman Selayang Mutiara, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 05 SEPTEMBER 2020

KUALA LUMPUR – Setakat 6.30 pagi tadi, bekalan air di 417 kawasan telah pulih sepenuhnya.

Manakala 875 kawasan pula masih dalam proses pemulihan, kata Pengurusan Air Selangor.

Menurutnya, secara keseluruhannya, 32.28% daripada 1,292 kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual telah pulih.

 

Peratus pemulihan ialah 37.17% di wilayah Petaling, Klang/Shah Alam 7.91%, Gombak 11.31%, Hulu Selangor 94.12% dan Kuala Selangor 91.7%.

Manakala Kuala Lumpur dan Kuala Langat masih belum pulih.

“Usaha menstabilkan sistem agihan bekalan air sedang giat dijalankan untuk mempercepatkan proses pemulihan bekalan di kawasan yang masih terjejas,” katanya. – MalaysiaGazette