Lee Zii Jia

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini mengumumkan barisan kesebelasan utama untuk final Piala Thomas & Uber 2020 yang dijadualkan berlangsung di Aarhus, Denmark dari 3-11 Oktober ini.

Pemain nombor satu negara, Lee Zii Jia akan mengetuai cabaran Malaysia bersama tiga pemain perseorangan lelaki.

Beliau akan bersama-sama dengan Liew Daren, Cheam June Wei dan Leong Jun Hao, kata BAM dalam kenyataan di sini.

Cabaran beregu lelaki pula diketuai oleh Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani.

BAM juga mengesahkan Goh V Shem-Tan Wee Kiong telah menolak panggilan tersebut kerana komitmen peribadi.

Manakala skuad wanita Piala Uber pula dibarisi wakili Soniia Cheah, S Kisona, Goh Jin Wei, Eoon Qi Xuan dengan pasangan beregu Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean, Vivian Hoo-Yap Cheng Wen dan Pearly Tan-M Thinaah.

Malaysia berada dalam kumpulan A bersama juara 13 kali yang juga musuh tradisi Indonesia, Belanda dan England dalam saingan Piala Thomas.- MalaysiaGazette