Sabana Maraleh

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki, Sabana Maraleh, 43, bagi membantu siasatan kes berkaitan rasuah.

Sabana mempunyai dua alamat terakhir di Kampung Sisipan, Peti Surat 580, 91308, Semporna, Sabah dan W.D.T No. 142, 91209, Kunak Sabah.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Pesuruhjaya Mohd Fairul Aswan Salleh di talian 013-520 8426 / 03-8870 0562 atau e-mel ke alamat [email protected]. – MalaysiaGazette