Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman 13 kontraktor bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu melibatkan program sukan tiga tahun lalu.
Seorang ahli perniagaan wanita yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan didakwa di mahkamah di sini esok.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendesak polis bertindak ke atas bekas Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohd Saifullah Mohd Minggu @ Mohd Hisham atas dakwaan membuat laporan polis palsu.

Menurut kenyataan SPRM, pihaknya telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya bagi membolehkan pihak berkuasa keselamatan itu memulakan siasatan ke atas individu tersebut.

“SPRM ingin menegaskan bahawa laporan polis yang dibuat oleh Saifullah Mohd Minggu @ Mohd Hisham, terhadap SPRM adalah palsu, tidak bertanggungjawab dan berniat untuk mencemarkan reputasi dan kredibiliti SPRM,” kata kenyataan itu.

Menurut SPRM, Mohd Saifullah merupakan suspek dalam siasatan rasuah dan telah dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 19 Ogos 2020 dengan 17 pertuduhan kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 dan satu pertuduhan bersama tunangnya, Nurfadziana Abdul Kadir di bawah Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009. -MalaysiaGazette