Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kesemua kawasan di tujuh wilayah yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual telah pulih sepenuhnya.

Gangguan bekalan air yang berlaku pada 3 September lalu selepas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1,2, 3 dan Rantau Panjang henti tugas ekoran pencemaran di Sungai Gong, Rawang.

“Air Selangor mengucapkan terima kasih di atas kesabaran para pengguna sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini,” kata Ketua Komunikasi Korporatnya, Elina Baseri.

Gangguan itu membabitkan 1,291 kawasan di wilayah Klang/Shah Alam, Petaling, Kuala Langat, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Gombak dan Kuala Lumpur. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast