TERKINI : Isu Judi di Sungai Buloh “Fakta Kurang Tepat” – Ketua Polis Negara

Bukit Aman telah mengenalpasti beberapa fakta tidak tepat dalam video ditularkan pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid mengenai dakwaan kegiatan perjudian dan penjualan rokok seludup di Bandar Baru Sungai Buloh pada Ogos lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, hasil siasatan dan penelitian beliau terhadap laporan akhir yang diterima daripada Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) minggu lalu menunjukkan tiada sebarang laporan yang membuktikan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh terlibat atau unsur salah laku dalam kegiatan terlarang itu.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast