Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka tidak menjejaskan urusan pentadbiran negeri yang akan diteruskan seperti biasa dalam kapasiti kerajaan sementara sehingga kerajaan baharu dibentuk selepas Pilihan Raya Negeri (PRN).
Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh memberi jaminan semua jabatan, agensi dan pihak berkuasa tempatan akan terus beroperasi secara profesional bagi memastikan perkhidmatan serta kepentingan rakyat sentiasa terpelihara.















