BEIJING – China mendakwa Amerika Syarikat (AS) melakukan penganiayaan politik dan diskriminasi kaum selepas Washington menarik balik lebih 1,000 visa pelajar dan sarjana dari negara ini.
Tindakan itu dilakukan selepas AS mendakwa kumpulan itu memberi risiko keselamatan.
Berikutan tindakan tersebut, China berkata, negara itu berhak untuk melakukan tindakan seterusnya.
”Langkah AS itu adalah pelanggaran hak asasi pelajar, kata jurucakap Kementerian Luar Negeri, Zhao Lijian pada taklimat media,” katanya. – MalaysiaGazette