Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor bersama Presiden Parti Solidariti Tanahairku (STAR) Sabah, Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan dan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee bergambar bersama calon-calon Perikatan Nasional yang bertanding bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16 di Bangunan Bersatu, Alamesra, Kota Kinabalu, Sabah. foto HAZROL ZAINAL, 10 SEPTEMBER 2020.

KOTA KINABALU – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini mengumumkan 29 calon yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah di bawah gabungan Perikatan Nasional (PN).

Antara 29 yang diumum, satu kerusi bertindih dengan Barisan Nasional iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paginatan manakala dua bertembung dengan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) iaitu di DUN Sook dan Tulid.

Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Sabah, Datuk Hajiji Noor ketika ditanya tentang perkembangan itu berkata, sehingga kini beliau tidak mendengar berita mengenai pengumuman kerusi mana-mana parti lain lagi.

Katanya, perbincangan mengenai agihan kerusi telah diadakan dengan BN sebelum Bersatu membuat pengumuman sebentar tadi.

“Untuk makluman saya tidak boleh jawab sebab saya tidak dengar berita ini, ada bincang (dengan BN sebelum ini),” katanya dalam sidang media mengumumkan calon-calon Bersatu bagi PRN Sabah di pejabat parti itu di sini.

Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor mengumumkan senarai 29 calon Perikatan Nasional yang bertanding bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16 di Bangunan Bersatu, Alamesra, Kota Kinabalu, Sabah. foto HAZROL ZAINAL, 10 SEPTEMBER 2020.

Mengulas lanjut, Hajiji berkata, pihaknya berharap BN dan parti komponennya akan menarik diri bagi mengelakkan berlakunya pertindihan dengan Bersatu sekaligus memastikan kemenangan buat PN.

“Kita harap ia akan berlaku (BN akan undur diri,” katanya selain memaklumkan lebih 50 peratus calon daripada PN merupakan muka baru.

Untuk rekod, BN pagi tadi mengumumkan bakal bertanding di 31 kerusi DUN Sabah pada 26 September ini termasuklah Paginatan.

Artikel berkaitan: Majoriti calon muka baharu BN bukti ‘keberanian’ Bung Moktar

Parti komponennya, PBRS pula bertanding di lima kawasan iaitu Matunggong, Tandek, Kadamaian, Tulid dan Sook

Selain itu Presiden Star Datuk Jefrey Kitingan juga diumum sebentar tadi akan bertanding mewakili PN di DUN Tambunan. – MalaysiaGazette

Calon Perikatan Nasional PRN Sabah dari Bersatu:

Tanjung Kapor – Norlizah Gurahman

Badau – D. Wetrom @ Mohd Fikri Bahanda

Pintasan – Fairuz Renddan

Sulaman – Hajiji Noor

Petagas – Arsit Sedi

Kawang – Ghulam Haidar Bahadar

Membakut – Mohd Arifin Mohd Arif

Klias – Isnin Aliasnih

Kuala Penyu – Limis Jury

Karanaan – Masidi Manjun

Nabawan – Abd Ghani Yassin

Labuk – Samad Jambri

Segama – Aljen Johnny

Silam – Abd Hakim Gulam Hassan

Senallang – Norazman Utoh Naim

Bugaya – Daud Tampakong

Apas – Nizam Abu Bakar Titingan

Merotai – Mohamad Jalani Chachu

Sebatik – Muis Picho

 

Calon STAR:

Tambunan – Jeffrey Kitingan

Bingkor – Robert Tawik @ Nordin

Liawan – Annuar Ayub

Sook – Ellron Angin

Sri Tanjung – Fung Lin Fun

Moyog – Joseph Sulaiman

Paginatan – Abidin Madingkir

Tulid – Everitis Gungkit

 

Calon SAPP:

Tg. Papat.  – Yong Chie Man

Luyang – Gee Tien Siong

2 Komen

Comments are closed.