Donald Trump. foto Reuters

WASHINGTON – Bahrain bergabung dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam kesepakatan untuk menormalkan hubungan dengan Israel, umum Presiden Donald Trump.

Trump membuat pengumuman itu di Twitter setelah beliau bercakap melalui telefon dengan Raja Bahrain, Hamad bin Isa Al Khalifa dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

“Hari ini hari bersejarah,” kata Trump kepada wartawan di Oval Office.

Trump percaya negara-negara lain akan mengikutinya.

”Membuka dialog langsung dan hubungan antara dua masyarakat yang dinamik dan ekonomi maju ini akan meneruskan transformasi positi Timur Tengah dan meningkatkan kestabilan, keamanan, dan kemakmuran di rantau ini,” kata Amerika Syarikat (AS), Bahrain dan Israel dalam satu kenyatan bersama.

Rakyat Palestin merasa kecewa kerana bimbang tindakan Bahrain dan UAE kerana akan melemahkan kedudukan pan-Arab yang telah lama menuntut penarikan Israel dari wilayah yang diduduki dan penerimaan negara Palestin sebagai balasan hubungan normal dengan negara-negara Arab .

Sebulan yang lalu, UAE bersetuju untuk menormalkan hubungan dengan Israel di bawah perjanjian yang menyaksikan Trump bertindak sebagai broker pada Selasa depan.

Upacara tersebut akan dihadiri oleh Netanyahu dan Menteri Luar UAE, Sheikh Abdullah bin Zayed al-Nahyan. Kenyataan bersama itu mengatakan Menteri Luar Negeri Bahrain, Abdullatif Al Zayani akan menyertai upacara itu dan menandatangani “Deklarasi Damai bersejarah” dengan Netanyahu.

Netanyahu mengatakan keputusan Bahrain menandakan “era perdamaian baru”.

“Selama bertahun-tahun, kami melabur dalam kedamaian dan sekarang perdamaian akan melabur kepada kami, akan menghasilkan pelaburan yang benar-benar besar dalam ekonomi Israel,” kata Netanyahu dalam satu kenyataan menerusi video.

Bahrain, sebuah negara pulau kecil, menjadi lokasi ibu pejabat serantau tentera laut AS.

Arab Saudi pada tahun 2011 telah menghantar pasukan ke Bahrain untuk membantu mengatasi pemberontakan.

Arab Saudi bersama dengan Kuwait dan UAE, pada tahun 2018 pernah menawarkan Bahrain bantuan ekonomi berjumlah AS$10 bilion.

Bahrain menjadi negara Arab keempat yang mencapai perjanjian seperti itu dengan Israel, yang bertukar kedutaan dengan Mesir dan Jordan beberapa dekad yang lalu. – MalaysiaGazette