Prevalens A701V dalam kalangan kes gelombang ketiga ialah 86 peratus manakala D614G ialah 100 peratus.- Gambar hiasan

LOS ANGELES- Sebuah kajian terbaharu oleh para penyelidik Amerika Syarikat (AS) menunjukkan wabak koronavirus itu telah berada di Los Angeles akhir Disember dan merebak secara aktif di kawasan tersebut beberapa bulan sebelum kes pertama dikenal pasti di negara itu.

Para penyelidik University of California, Los Angeles (UCLA), membuat pernilaian terhadap lebih 10 juta pesakit dan rekod kesihatan bagi pesakit luar UCLA Health, jabatan kecemasan dan kemudahan hospital bagi tempoh 1 Disember 2019 sehingga 29 Februari 2020 serta membandingkan rekod-rekod tersebut dengan data bagi tempoh sama lima tahun lepas.

Dapatan yang ditemui adalah satu trend yang membimbangkan, katanya.

Klinik-klinik biasa yang dikunjungi para pesakit luar UCLA bagi mendapatkan rawatan batuk meningkat lebih 50 peratus dan melebihi angka purata lawatan sebanyak lebih 1,000 orang jika dibandingkan dengan tempoh sama lima tahun lepas.

Penyelidik turut menemui lebihan besar jumlah pesakit di jabatan kecemasan akibat batuk serta pesakit-pesakit yang dimasukkan ke hospital akibat kegagalan sistem pernafasan teruk dalam tempoh berkenaan.

“Bagi kebanyakan penyakit, data-data daripada rekod pesakit luar boleh memberi amaran kepada jabatan kecemasan dan unit rawatan rapi hospital untuk membuat persediaan.

“Majoriti kajian Covid-19 menilai data penghospitalan tetapi kami juga melihat kepada trend pesakit luar yang lebih besar yang mana kebanyakan pesakit hadir untuk mendapat rawatan pertama apabila sebarang sakit atau simptom timbul,” kata ketua pengkaji Joann Elmore yang juga Profesor Perubatan UCLA.

Penyelidik juga mendapati terdapat jumlah pesakit yang luar biasa tinggi dan membuat kesimpulan penularan komuniti bagi wabak SARS-CoV-2 berlaku sebelum kesedaran klinikal dan keupayaan ujian ditemui.

Ini sekali gus menunjukkan koronavirus telah tiba secara senyap dan mula bertapak tanpa dapat dikesan di West Coast sekitar Krismas 2019.

Sekiranya kajian ini terbukti benar, maka ianya akan menukar naratif lokasi asal virus ini ditemui.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast