Pengumuman kedua sekatan pelancong dari United Kingdom (UK), Afrika Selatan dan Hong Kong berikutan penularan varian baharu Covid-19 iaitu A701V tidak diperlukan di negara ini.- Gambar hiasan.

TOKYO- Permintaan terhadap pengembaraan global dijangka merudum 57 peratus pada 2020 didorong oleh langkah kawalan sempadan yang semakin ketat serta pelaksanaan kuarantin untuk mengekang penularan wabak Covid-19.

Menurut laporan terbaharu Oxford Economics, permintaan bagi pelancongan luar negara tidak akan kembali ke paras sebelum Covid-19 sehingga 2024.

Ini sekali gus menunjukkan kesan pandemik dan sentimen negatif terhadap perjalanan antarabangsa sama ada untuk bercuti atau perniagaan akan berterusan.

“Banyak negara telah membuka semula sempadan mereka.

“Bagaimanapun terdapat kesukaran untuk mengimbangi langkah-langkah mengekang penularan virus dan dalam masa yang sama memulihkan semula industri pelancongan,” kata firma penyelidikan itu.

Penurunan 57 peratus itu adalah bersamaan dengan 847 juta ketibaan dan ia diramalkan berlaku di setiap rantau dengan perjalanan ke destinasi-destinasi Amerika Utara diunjurkan merudum sebanyak 70 peratus.

Asia Pasifik bakal menjadi rantau kedua paling teruk terjejas dengan penurunan sebanyak 57 peratus manakala destinasi-destinasi di Asia Utara diramal mengalami penurunan terbesar sekitar 61 peratus.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast