Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai, Datuk Jefridin Atan bercakap kepada media semasa sesi walkabout sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.165 Tanjung Piai sekitar kawasan Pekan Nenas, Johor. foto AFFAN FAUZI, 03 NOVEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Datuk Jefridin Atan akan mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Negara pada hari esok.

Ketua Bahagian UMNO Tanjung Piai, Johor berusia 52 tahun itu  adalah lantikan baharu Dewan Undangan Negeri (DUN)  Johor.

Setiausaha Bahagian Komunikasi Korporat Parlimen Malaysia, Muhd Nor Aswadi Md.Nor dalam surat jemputan rasmi media mengumumkan pelantikan itu.

Upacara majlis mengangkat sumpah itu akan berlangsung 9.45 pagi di Dewan Negara Parlimen pada 15 September ini di hadapan Yang Di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim.

Selaras dengan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, hanya seorang wartawan dan seorang jurugambar dibenarkan mewakili sebuah agensi untuk membuat liputan majlis angkat sumpah itu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.