Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menganggarkan sekurang-kurang 20,000 individu akan terlibat dengan saringan Covid-19 di tiga daerah di Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiga daerah tersebut iaitu Tawau, Lahad Datu serta Kunak dan ia merupakan ujian saringan secara besar-besaran.

“Selepas pihak berkuasa dapat mengetatkan kawalan sempadan, pihak kementerian akan menjalankan saringan kesihatan dalam komuniti dan kita sasarkan komuniti di Tawau, Lahad Datu serta Kunak.

“Kita juga akan kenal pasti kawasan tertentu, contohnya kampung dan lokaliti.

“Sekiranya di lokaliti itu mempunyai kes positif Covid-19 yang tinggi kita akan ambil tindakan seperti pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” katanya pada sidang media, perkembangan terkini Covid-19 di kementerainnya hari ini.

Terdahulu, Noor Hisham mengesahkan kewujudan satu lagi kluster baharu di Sabah iaitu Kluster Pulau di Kunak yang kini sudah menjangkiti sembilan individu.

Katanya, kes indeks bagi kluster itu merupakan kes ke 9,940 yang menjangkiti seorang wanita warganegara Malaysia yang berusia 68 tahun. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

KKM kesan kluster baharu Covid-19 di Kunak – Noor Hisham