Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama calon Barisan Nasional (BN) N.24 Tanjung Keramat, Ir. Shahelmey Yahya (kanan) dan calon Perikatan Nasional (PN) N.23 Petagas, Datuk Seri Dr. Arsit Sedi (kiri) membacakan ikrar pada Majlis Ramah Mesra Pemimpin Bersama Pengundi N.24 Tanjung Keramat sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Sabah di Pusat Daerah Mengundi Pasir Putih, Putatan, Sabah. foto HAZROL ZAINAL, 15 SEPTEMBER 2020

KOTA KINABALU – Jangan terlalu yakin menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sehingga sudah pilih siapa bakal Ketua Menteri.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk SeriĀ  Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada blok Perikatan Nasional (PN) yang ia masih terlalu awal memilih peneraju Sabah.

Jelas beliau ini kerana dalam tempoh berkempen ini, rakyat sedang membuat penilaian.

“Sekali lagi beliau menegaskan bahawa perkara yang perlu diutamakan adalah memastikan kemenangan GRS terlebih dahulu.

“Asasnya ialah bila kita menang 37 kerusi barulah kita layak membentuk kerajan negeri yang baru. Dalam hal ini jangan over confident (terlalu yakin), rakyat melihat. Kalau kita terlalu yakin rakyat akan tolak kita.

“Yang penting kita dapat kemenangan dahulu selepas itu kita berunding dengan sebaik-baiknya jangan masuk dalam perangkap yang dipasang oleh musuh politik kita dan kita pastikan bahawa rakyat akan mendapat seorang menteri yang terbaik setelah ADUN-ADUN yang memenangi sekurang-kurangnya 37 kerusi ini berunding sesama sendiri.

“Saya harap ini adalah satu norma baharu bagi politik negeri Sabah dan patut dihormati semua pihak,” katanya kepada pemberita di Program Ramah Mesra bersama Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pasir Putih, DUN Tanjung Keramat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mengangkat Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Hajiji Noor menjadi Ketua Menteri.

Katanya, Hajiji yang juga merupakan calon PN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulamanmemiliki keperibadian dan watak untuk melayakkannya mengetuai pentadbiran negeri.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Hajiji layak diangkat Ketua Menteri Sabah – Azmin