Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Hanya 18 pekebun disiasat isu penerokaan secara haram di Raub bukan 30 atau 50 pekebun seperti didakwa sesetengah pihak.

Itu penjelasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan hari ini.

“Untuk makluman, terdapat 12 lagi individu lain yang turut hadir namun kesemuanya tidak berkaitan dengan siasatan kes berkenaan,” kata kenyataan yang sama.

SPRM juga menjelaskan penafian yang dibuat oleh Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Azam Baki berhubung isu tersebut adalah merujuk kepada jumlah pekebun yang dipanggil untuk membantu siasatan.

SPRM menjalankan siasatan berdasarkan undang-undang yang diperuntukkan yang mana tindakan SPRM adalah bebas tanpa desakan daripada mana-mana pihak bagi mendapatkan keterangan mengenai isu penerokaan tanah ini yang telah berlarutan sehingga kini.

Setakat ini, tiada tangkapan yang dibuat dan SPRM akan terus memanggil pihak berkaitan untuk membantu siasatan berhubung isu ini dari semasa ke semasa.

“SPRM juga berharap semua pihak yang terlibat dalam isu berkenaan jangan menspekulasikan isu tersebut dan memberi ruang kepada suruhanjaya ini untuk menjalankan siasatan,” kata kenyataan yang sama.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Harap pihak krjaan ngeri pahang, bersifat adil n jgn tunduk kpd puak2 komunis..ingat buat baik dgn puak2 komunis tak dapt apa2 pun..lbh baik buat baik kpd penduduk asal tanah mlyu..pdtang buat baik tak akn knang budi pun..slmtkn tanah ngri phng drpd pyagak2 komunis..pastikan adil kpd org mlyu.

Comments are closed.