Tengku Zafrul Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Tarikh tutup langganan Sukuk Prihatin adalah pada 17 September ini, kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sukuk ini membuka peluang kepada Rakyat Malaysia untuk menyumbang bersama dalam usaha kerajaan membina semula ekonomi negara pasca Covid -19.

Dana yang terkumpul akan disalurkan kepada inisiatif-inisiatif seperti penambahbaikan kesalinghubungan di sekolah-sekolah luar bandar, sokongan kepada peniaga mikro, dan penyelidikan penyakit berjangkit.

Menurutnya, Sukuk Prihatin itu bukan sahaja akan membantu mereka yang terjejas, malah ia memberikan keuntungan 2 peratus setiap tahun bagi tempoh matang 2 tahun dengan bayaran keuntungan suku tahunan.

Pada tempoh matang, pelabur boleh memilih untuk menderma jumlah prinsipal dan menikmati potongan cukai.

Langganan boleh dibuat melalui kemudahan JomPAY dan DuitNow secara atas talian melalui laman sesawang 27 institusi perbankan. – MalaysiaGazette