Logo tersebut yang berhampiran dengan Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) dipercayai telah dipecahkan menggunakan kayu besbol oleh seorang lelaki berpakaian jaket hitam dan berkereta putih sekitar 1.15 pagi.

KOTA KINABALU – Logo gergasi Parti Warisan ala tugu yang tular baru-baru ini telah dipecahkan oleh individu tidak dikenali awal pagi tadi.

Logo berhampiran dengan Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) dipercayai telah dipecahkan menggunakan kayu besbol oleh seorang lelaki berpakaian jaket hitam dan berkereta putih sekitar 1.15 pagi.

Perkara itu yang disedari oleh pengawal keselamatan bertugas dan cuba mengejar saspek namun individu itu melepaskan diri.

Pengawal keselamatan itu juga turut menemui serpihan kayu pemukul besbol dipercayai digunakan oleh suspek.

Pengamatan Malaysia Gazette mendapati separuh daripada logo itu sudah rosak teruk.

Sebelum ini, dilaporkan logo Warisan yang tular itu banyak kecaman netizen termasuk bekas Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Razak.

Dipercayai logo gergasi itu dipacakkan di situ sebagai salah satu bahan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) parti Warisan yang turut bertanding 46 kerusi DUN. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Logo Warisan depan bangunan pentadbiran kerajaan negeri dikecam

 

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.