Muhyiddin Yassin

KOTA KINABALU – Perdana Menteri akan membuat pengumuman besar mengenai Perjanjian Malaysia (MA63) yang melibatkan Sabah dan Sarawak hari ini.

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, pengumuman itu akan dibuatnya pada Majlis Sambutan Hari Malaysia di Sarawak malam ini.

“Apa yang termaktub hitam putih itu mengenai hak rakyat Sabah, itu hak rakyat Sabah. MA63, saya akan umumkannya malam ini sempena Hari Malaysia.

“(Ia) apa yang kita akan lakukan untuk melaksanakan MA63 nanti,” katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran Aku Janji Gabungan Rakyat Sabah di sini hari ini.

Setakat ini, menurut Muhyiddin, 17 daripada 21 isu MA63 telah mendapat persetujuan.

Memerincikan perkara berikut, Jawatankuasa Khas Kabinet Untuk Menyemak Pelaksanaan Perjanjian Malaysia telah mengarahkan Pasukan Petugas Khas Perjanjian Malaysia 1963 (Taskforce MA63) untuk menyediakan satu laporan akhir.-MalaysiaGazette