Gareth Bale

MADRID – Penyerang Real Madrid, Gareth Bale dalam proses akhir untuk kembali ke kelab asalnya Tottenham Hotspurs tujuh tahun selepas meninggalkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Bale, 31, menyertai the Galacticos pada nilai rekod dunia RM85 juta pada tahun 2013.

Sejak menyertai kelab La Liga Sepanyol itu, bintang antarabangsa Wales itu menjaringkan lebih 100 gol dan menjulanh empat gelaran Liga Juara-Juara Eropah di Santiago Bernabeu.

Agen Bale, Jonathan Barnett memberitahu BBC Wales Sport pada Rabu, rundingan Bale berpindah ke England menunjukkan perkembangan meyakinkan.

Bagaimanapun pengurus kelab berkenaan Jose Mourinho enggan mengulas lanjut mengenainya.

Pada Julai 2019, Real membatalkan rundingan untuk Bale menyertai kelab Liga Super China iaitu Jiangsu Suning dan melakukan 20 penampilan musim lalu.

“Kita masih berunding, kita akan lihat nanti kesudahannya nanti,” kata ejennya.

Bagaimanapun rundingan itu membabitkan pindaan tetap atau sekadar pinjaman belum dapat ditentukan buat masa ini.

“Dia pemain Real Madrid dan saya tidak suka komen mengenai seseorang pemain kelab lain, lebih baik saya tidak komen mengenainya kerana itulah terbaik untuk semua,” tegas Mourinho.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast