Suarez dilihat tidak akan berhijrah mana-mana kelab yang dikaitkan selama ini dan akan kekal di Nou Camp.

MADRID – Barcelona melakukan pusingan u secara dramatik dalam soal masa depan pemainnya, Luis Suarez selepas penyerang Uruguay itu mengubah fikiran dari menyertai juara Serie A, Juventus.

Laporan terbaharu di Nou Camp mendakwa pemain berusia 33 tahun itu tidak mungkin melengkapkan perpindahan ke Turin sebelum 6 Oktober ini ekoran urusan bersangkut dengan dokumen perjalanannya.

Kini Barcelona tidak ada pilihan selain menerima hakikat pemain itu kekal dalam pasukannya sekiranya segala usaha ‘membuang’ pemain bergaji mahal itu tidak berlaku seperti yang dirancang.

Suarez yang juga bekas pemain Liverpool dilaporkan bersetuju perjanjian bersama the Old Lady selain lamaran Atletico Madrid dalam La Liga.

Bagaimanapun usaha pengurus baharu the Catalans untuk mengemaskini pasukan dengan mencampak pemain bergaji tinggi tidak berjalan seperti yang dirancangkan.

Atletico mahupun Ajax yang juga meluahkan hasrat mengikat khidmat pemain itu difahamkan tidak berupaya memenuhi tuntutan gaji yang disyaratkan Suarez.

Ia bakal menyaksikan Suarez terpaksa kekal bersama Barcelona da Koeman dikatakan sanggup mengalu-alukan semula Suarez sekiranya usaha menjual pemain itu gagal terlaksana.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast