NEW YORK- Harga minyak melonjak melebihi empat peratus pada Rabu didorong oleh penyusutan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) dan inventori gasolin serta Taufan Sally yang menyebabkan pengeluaran di luar pesisir AS terpaksa ditutup.
Minyak mentah Brent ditutup AS$42.22 setong, naik AS$1.69 manakala minyak mentah AS ditutup AS$1.88 lebih tinggi kepada AS$40.16 setong.
Simpanan minyak mentah AS jatuh 4.4 juta tong minggu lepas kepada 496 tong sahaja, jumlah terendah sejak April, kata Pentadbiran Maklumat Tenaga AS (EIA).
“Peningkatan kukuh hari ini disumbang terutamanya oleh garis panduan yang dikeluarkan EIA,” kata Jim Ritterbusch dari firma Ritterbusch and Associates.- MalaysiaGazette